www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Tamadun Islam

Friday, 23 March 2012


Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. Asas yang Nabi Muhammad s.a.w lakukan dalam proses pembinaan perbandaran Islam di Madinah ialah membina Masjid al-Nabawi, menubuhkan pasar (meliputi premis perniagaan dan industri pembuatan), membina rumah penginapan untuk golongan Muhajirin.

Matlamat kewujudan tamadun Islam adalah untuk membina dan memperkukuhkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t dengan mematuhi Rukun Islam dan Rukun Iman, selalu menghadiri ibadah umum dan ibadah khusus, serta dikehendaki mematuhi syariat yang telah ditetapkan. Matlamat kedua adalah untuk mengeratkan hubungan manusia dengan manusia melalui sistem mumalah dan kemasyarakatan. Matlamat ketiga adalah untuk mewujudkan hubungan manusia dengan alam sekitar iaitu memastikan manusia menghargai alam sekitar dan tidak merosakkannya.
Ciri-ciri utama tamadun Islam ialah menyeluruh (sempurna). Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang(syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia. Ia juga menekankan keadilan untuk insan, sama ada Islam  atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubunagn keluarga atau sebaliknya. Ciri utama kedua ialah umun. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa kerana ciri umunnya yang bersifat sejagat dan terbuka. Ciri yang berikutnya adalah umat Islam bersifat tetap dan anjal iaitu Islam mempunyai tujuan dan matlamat yang tetap dalam usaha pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya. Ciri utama ketiga adalah ideal dan realistic. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t




0 comments:

Post a Comment