www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Isu- isu semasa : Dialog Peradaban Sebagai Mekanisme Menyahut Cabaran

Friday, 23 March 2012

Tamadun komtemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan yang timbul melalui sejarah. Pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan penindasan amat jelas dan ketara di dalam hubungan antara dunia barat dan dunia Islam. Di peringkat negeri, hubungan antara tamadun Melayu, Islam, India dan Cina kelihatan baik, namun masih wujud rasa curiga dalam kalangan mereka. Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun tidak boleh diabaikan dan mesti dipupuk untuk memastikan hubungan yang harmonis dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi dalam perhubungan antara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi, tetapi menerusi dialog. Dialog peradaban mempunyai peranan dalam hubungan manusia dan hubungan antarabangsa. Maka, PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dialog antara tamadun dunia.

Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yang lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan, dan politik akan menjadi cabaran terpenting dalam abad ke-21 nanti. Kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minority merupakan ketidakadilan yang sangat nyata. Ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia.

Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah Negara telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut patut digunakan untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar berlaku sama ada di India mahupun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.

Pasaran kewangan oleh para speculator mata wang akan merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, sama juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghormogenan budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki. Ini berpunca daripada kesan dominasi yang akan menjejaskan manusia. Oleh itu, seluruh masyarakat mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu. Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi-sesi dialogdi. Melalui sesi dialog ini,masyarakat Islam dan masyarakat Asia dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia terutama kuasa barat dan bonekanya.


Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia kini merupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar tidak lagi diutamakan telah membawa krisis kepada alam sekitar. Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga modern telah melunturkan ketahanan hubungan kekeluargaan.

0 comments:

Post a Comment