Friday, 23 March 2012
Kesan interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun China
Interaksi ini dapat memperlihatkan kesan yang positif iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di Negara China. Interaksi ini juga mewujudkan perkahwinan campur antara pedagang-pedagang dengan wanita tempatan.
Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di Negara China dan mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Ini menyebabkan kemunculan cendekiawan-cendekiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Ini juga menemukan senibina Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China.
Kesan interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu
Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman, iaitu melalui perdagangan. Kedatangan mereka adalah dari kawasan yang berbeza, iaitu Arab dan Parsi, India dan Negara China. Kesannya ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan sebagainya. Ia juga membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di kepulauan Melayu. Ini juga boleh dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan dan istilah-istilah Arab. Ini juga mewujudkan komuniti Baba dan Nyonya. Orang Cina menetap di kawasan tersebut dan berkahwin dengan wanita tempatan. Bahasa pertuturannya ialah Melayu Baba atau mengenalinya sebagai Bahasa Melayu. Orang Cina tetap mengekalkan agama mereka, membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasakan agama Islam.
Kesan interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu
Interaksi ini berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya negara China dengan Kepulauan Melayu. Hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan/Monggol yang menyerang Myanmar dan Jawa. Tamadun China menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam tamadun Jepun, iaitu agama dan tulisan. Ajaran-ajaran Buddha telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun, iaitu Hiragana dan Katakana. Tulisan Cina memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusateraan dalam Tamadun Jepun.
0 comments:
Post a Comment