www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Tamadun China

Friday, 23 March 2012




Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas sehingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M.

Konsep tamadun China penting bagi memahami nilai-nilai Tamadun China. Tien selalu digunakan untuk menunjukkan langit(heaven). Walaupun demikian, sejak zaman awal dalam sejarah Negara China, Tien juga digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama. Menurut Konfusius, konsep Dao merupakan satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seseorang individu. Menurut Daoisme, konsep Dao bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika terdapat suatu proses kewujudan, maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini dipanggil Dao. Konsep Yin dan Yang wujud di dalam alam ini akibat daripada interaksi dua kuasa yang berlawanan. Yin mewakili perempuan, keadaan pasif, sejuk dan lembut. Yang pula mewakili lelaki, aktif, panas dank eras. Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin adalah bumi.
Dalam agama Cina, ia dibahagikan kepada Buddhisme, Daoisme, dan Moisme. Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir, Lao Zi dan Zhuang Zi. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pemikiran falsafah Dao(dao jia) dan aliran keaagamaan Dao(dao jiao).

Sastera China klasik terbahagi kepada puisi, prosa, drama, dan fiksyen. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. Ia digunakan dalam pertemuan rasmi. Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman alam sebagai model. Ini digunakan dalam peperiksaan rasmi dan penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya dahulu. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk puisi yang digubal mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Penulis-penulis menghasilkan karya tersebut sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan.

Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bentuk dokementasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Sistem melodi(tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan alatan muzik termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, layu dan buluh.  Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan, muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, gendering, memetik dan menggesek.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana kota mempunayai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Tembok yang terkenal di Negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China( The Great Wall of China).Tembok yang dibina adalah untuk mengelilingi kota dan untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman. 

0 comments:

Post a Comment