www.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.wswww.bigoo.ws

Ketamadunan

Friday, 23 March 2012

Perkataan tamadun mempunyai maksud yang berbeza mengikut istilah yang berbeza. Perkataan tamadun berasal daripada perkataan Arab iaitu Hadharah, Umran, dan Madaniah. Hadharah bermaksud suatu wilayah, kota, bandar, kampung atau tanah yang diusahakan dengan mempunyai aspek-aspek kehidupan sosial dan nilai-nilai yang berdasarkan ajaran Islam. Umran bermaksud kawasan tanah di mana sekumpulan masyarakat yang tinggal menetap di suatu tempat itu hidup dalam keadaan yang berkembang sumbuh lagi makmur. Istilah Madaniah dengan maksud tamadun jelas dikemukakan oleh Muhammad Farid Wajdi. Menurut beliau, Madaniah bermaksud suatu peringkat yang tinggi dalam kehidupan kebendaan sesebuah masyarakat yang jelas kelihatan dalam aspek pembangunan, perancangan dan penyusunan bandar serta penyediaan kemudahan infrastruktur. Dalam Bahasa Inggeris, istilah yang hampir sama maksud dengan tamadun ialah culture dan civilization . Culture dan civilization memberi gambaran kepada fikiran mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, seni bina, seni lukis, akhlak dan adat istiadat. Tambahan pula, dari perpektif Islam, Dr. Muhammad al-Bahly mengatakan tamadun itu ialah keseluruhan penghasilan atau produktiviti yang menggambarkan nilai keperibadian manusia sama ada berbentuk falsafah, pengetahaun, kesenian, politik, dan kesusateraan.

Ketamadunan wujud sejak generasi nenek moyang kita. Manusia sentiasa mengubah cara kehidupan, kepercayaan, pemikiran dan sikap mereka dari semasa ke semasa. Kita mempercayai percakapan sainstik bahawa orang utan adalah asal manusia kita. Manusia berubah sejak berjuta-juta tahun sama ada daripada segi fizikal dan pemikiran. Manusia dahulu membuat pilihan untuk tinggal dalam gua disebabkan gua seperti rumah pada masa kini yang dapat memberi perlindungan dan keselesaan  kita. Makanan dan minuman mereka adalah berasal dari hutan dan sungai. Mereka juga mempunyai kepercayaan sendiri iaitu menganggap matahari, angin, dan hujan adalah Tuhan. Namun, sampai hari ini, tahun 2012, cara kehidupan, kebudayaan, kepercayaan, pemikiran dan aktiviti seharian manusia sudah berubah.

Secara umumnya, masyarakat bertamadun mempunyai ciri-ciri yang berikut:
1. Bentuk agama yang tinggi.
2. Negara yang tersusun rapi.
3. Sistem undang-undang.
4. Kehidupan bandar.
5. Bahasa dan sistem tulisan yang maju.
6. Bentuk-bentuk kesenian dan seni bina yang istimewa.

Setiap negara mempunyai tamadun mereka masing-masing. Negara kita iaitu Malaysia, mempunyai tamadun-tamadun seperti yang berikut:
1. Tamadun Islam
2. Tamadun Melayu
3. Tamadun China




Tamadun Islam


Tamadun Islam berkembang dari Semenanjung Tanah Arab oleh Nabi Muhammad s.a.w selepas menerima wahyu pertama. Kerajaan Islam yang pertama di dunia berada di Madinah semasa baginda berhijrah ke Madinah pada tahun 622M. Asas yang Nabi Muhammad s.a.w lakukan dalam proses pembinaan perbandaran Islam di Madinah ialah membina Masjid al-Nabawi, menubuhkan pasar (meliputi premis perniagaan dan industri pembuatan), membina rumah penginapan untuk golongan Muhajirin.

Matlamat kewujudan tamadun Islam adalah untuk membina dan memperkukuhkan hubungan manusia dengan Allah s.w.t dengan mematuhi Rukun Islam dan Rukun Iman, selalu menghadiri ibadah umum dan ibadah khusus, serta dikehendaki mematuhi syariat yang telah ditetapkan. Matlamat kedua adalah untuk mengeratkan hubungan manusia dengan manusia melalui sistem mumalah dan kemasyarakatan. Matlamat ketiga adalah untuk mewujudkan hubungan manusia dengan alam sekitar iaitu memastikan manusia menghargai alam sekitar dan tidak merosakkannya.
Ciri-ciri utama tamadun Islam ialah menyeluruh (sempurna). Islam meliputi seluruh aspek kehidupan manusia termasuklah undang-undang(syariah), akidah, akhlak, hubungan dengan Allah s.w.t dan hubungan sesama manusia. Ia juga menekankan keadilan untuk insan, sama ada Islam  atau bukan Islam, kawan atau lawan dan sama ada mempunyai hubunagn keluarga atau sebaliknya. Ciri utama kedua ialah umun. Tamadun Islam bersesuaian dengan semua orang setiap masa kerana ciri umunnya yang bersifat sejagat dan terbuka. Ciri yang berikutnya adalah umat Islam bersifat tetap dan anjal iaitu Islam mempunyai tujuan dan matlamat yang tetap dalam usaha pembinaan tamadun manusia, tetapi anjal dari sudut cara dan teknik perlaksanaannya. Ciri utama ketiga adalah ideal dan realistic. Islam sentiasa menekankan dan meletakkan manusia di tingkat kesempurnaan yang paling tinggi dan dapat dicapai, dengan mengawasi seluruh kegiatan manusia agar tidak bercanggah dengan ajaran Allah s.w.t




Tamadun Melayu

Pada asalnya, tamadun Melayu boleh dijejaki sejak zaman Paleolitk lagi iaitu Zaman Batu Awal kira-kira 35,000 tahun dahulu, diikuti dengan zaman Meseolitik ataupun zaman Batu Tengah kira-kira 11,000 tahun dahulu, Zaman Neolitik ataupun zaman Batu Baru kira-kira 5,000 tahun dahulu, dan Zaman Logam iaitu Zaman Gangsa-Besi kira-kira 2,500 tahun dahulu.

Tamadun Melayu telah mengalami proses perkembangan yang lama dan melalui beberapa manifestasi yang berbeza. Manifestasi ini penting dalam pembentukan Tamadun Melayu. Penerimaan agama Islam sebagai asas Tamadun Melayu merupakan perkembangan yang paling penting dan membentuk sebuah Tamadun Melayu Islam yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Tamadun Melayu terdiri daripada sekelompok manusia yang secara luasnya digolongkan sebagai kumpulan orang Melayu, tertumpu kepada suatu Wilayah di Asia Tenggara yang dikenali dengan pelbagai nama seperti Gugusan Kepulauan Melayu(Malay Archipelago), Gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia, Nusantara, Alam Melayu dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang mewarnai Tamadun wilayah ini ialah Bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan luas(Ligua franca) di seluruh kawasan ini, dan agama Islam yang menjadi pelengkap kepada pembentukan Tamadun Melayu.

Istilah Melayu boleh merujuk kepada tiga perkara yang berbeza, iaitu ras(genetik), kebudayaan dan bahasa. Istilah ras Melayu merujuk kepada kumpulan orang Melayu yang boleh diasingkan daripada kumpulan lain dari segi ciri-ciri fizikal luaran dan kebudayaannya. Kebudayaan pula merujuk kepada ilmu pengetahuan sesuatu kumpulan manusia yang diwarisi dan diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Ilmu pengetahuan ini berfungsi seolah-olah seperti satu sistem pengoperasian manusia oleh sebab ianya memberitahu manusia bagaimana untuk berfungsi dengan manusia lain, alam sekitar dan kuasa-kuasa ghaib. Bahasa adalah sistem percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan penutur-penutur bahasa yang sama. Ras Melayu(atau rumpun Melayu) selalunya bertutur dalam kumpulan keluarga bahasa Melayu-Indonesia yang mengelompokkan bersama-samanya sub-keluarga bahasa-bahasa Melayu, Jawa Melayu, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Bugis, dan Sulu.

Sains, kesenian dan teknologi yang dihasikan oleh Tamadun Melayu adalah sesuatu yang unik dan mencerminkan keperluan-keperluan serta nilai-nilai kebudayaan Melayu. Tamadun Melayu menghasilkan satu sistem sains tepat yang tersendiri berdasarkan kepada keperluan-keperluan kebudayaan Melayu. Sebagai contohnya pengukuran jarak(seperti sejengkal, sedepar, hastar dan rantai) dan timbangan(seperti cupak, gantang, dan koyan)adalah berbeza daripada sistem-sistem penekatan lain dan berkaitan rapat dengan keperluan serta pengalaman masyarakat Melayu. Pelbagai bentuk kesenian telah dihasilkan dalam Tamadun Melayu, seperti seni persembahan(Tarian Melayu dan Mak Yong), artifak(songket dan bursana), Syair perbahasa dan pantun. Ilmu-ilmu teknologi yang dihasilkan oleh Tamadun Melayu menunjukkan kebijaksanaan tempatan. Sebahagian daripada ilmu-ilmu ini boleh dilihat daripada pembinaan(Istana, Masjid, dan rumah) dan pembuatan barang-barang keperluan harian(seperti keris dan songket).

Secara umumnya nilai-nilai yang menjadi asas kepada Tamadun Melayu berteraskan kepada nilai-nilai agama Islam. Kesemua nilai-nilai tersebut berkait rapat dengan konsep Iman yang terdapat dalam agama Islam seperti saling hormat-menghormati orang lain, bertimbang rasa, bersopan santun, dan berbudi pekerti. Nilai-nilai asa ini boleh dilihat dalam ungkapan-ungkapan Melayu seperti peribahasa, perumpamaan dan perpatah-perpatih.






Tamadun China




Tamadun China terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas sehingga ke bahagian selatan China. Perluasan kawasan ini bermula dengan kemunculan Dinasti Chin. Kelahiran empayar yang pertama itu menandakan satu peningkatan dalam tamadun China. Dinasti Chin bermula pada tahun 221 S.M. dan berakhir pada tahun 206 S.M.

Konsep tamadun China penting bagi memahami nilai-nilai Tamadun China. Tien selalu digunakan untuk menunjukkan langit(heaven). Walaupun demikian, sejak zaman awal dalam sejarah Negara China, Tien juga digunakan untuk menunjukkan dewa terpenting atau dewa utama. Menurut Konfusius, konsep Dao merupakan satu konsep tatatertib moral yang mesti dipatuhi oleh seseorang individu atau suatu set peraturan-peraturan etika yang harus diikuti oleh seseorang individu. Menurut Daoisme, konsep Dao bermaksud metafizik. Ini bermaksud jika terdapat suatu proses kewujudan, maka hendaklah terdapat suatu punca utama yang meluas dan ini dipanggil Dao. Konsep Yin dan Yang wujud di dalam alam ini akibat daripada interaksi dua kuasa yang berlawanan. Yin mewakili perempuan, keadaan pasif, sejuk dan lembut. Yang pula mewakili lelaki, aktif, panas dank eras. Dalam bentuk fizikal, Yang merupakan langit dan Yin adalah bumi.
Dalam agama Cina, ia dibahagikan kepada Buddhisme, Daoisme, dan Moisme. Daoisme diasaskan oleh dua orang pemikir, Lao Zi dan Zhuang Zi. Daoisme terbahagi kepada dua cabang yang utama iaitu pemikiran falsafah Dao(dao jia) dan aliran keaagamaan Dao(dao jiao).

Sastera China klasik terbahagi kepada puisi, prosa, drama, dan fiksyen. Puisi dalam Shijing mempunyai fungsi politik dan sosial selain daripada fungsi sastera. Ia digunakan dalam pertemuan rasmi. Prosa klasik berdasarkan standard dan stail karya pakar zaman purba khasnya klasik-klasik Konfusius dan karya ahli falsafah zaman alam sebagai model. Ini digunakan dalam peperiksaan rasmi dan penghormatan tradisional yang ada pada pencapaian budaya dahulu. Drama Cina yang paling menarik ialah jenis Zaju, sejenis bentuk puisi yang digubal mengikut suit muzik tertentu dan bersemarak pada zaman Yuan. Penulis-penulis menghasilkan karya tersebut sebagai saluran untuk mengeluarkan perasaan tidak puas hati atau sebagai alat kritikan.

Muzik Cina klasik adalah antara sistem muzik yang paling lama dan paling berkembang dalam dunia ini. Bentuk dokementasi menunjukkan bentuk muzik Cina yang wujud tidak terbilang jumlahnya dan aktiviti penciptaan muzik Cina yang awal melibatkan kegiatan di istana, perayaan rakyat dan peristiwa yang berkaitan dengan agama. Sistem melodi(tune) muzik Cina klasik adalah kompleks. Alat-alat muzik Cina dikategorikan mengikut bahan akustik yang digunakan dan cara sesuatu alat itu dimainkan. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan alatan muzik termasuk logam, batu, tanah liat, kulit, sutera, kayu, layu dan buluh.  Berdasarkan cara sesuatu jenis alat muzik ini dimainkan, muzik Cina dapat diklasifikasikan kepada kategori meniup, gendering, memetik dan menggesek.

Dalam seni bina Cina, tembok merupakan antara binaan yang sangat penting kerana kota mempunayai satu tembok yang bertujuan untuk pertahanan dan keselamatan. Tembok kota mempunyai pintu yang dibuka pada waktu tertentu iaitu waktu fajar dan ditutup pada waktu malam. Tembok yang terkenal di Negara China dan juga di dunia ialah Tembok Besar China( The Great Wall of China).Tembok yang dibina adalah untuk mengelilingi kota dan untuk memagari kuil-kuil, istana dan rumah-rumah kediaman. 

Kesan Interaksi Antara Tamadun

Kesan interaksi antara Tamadun Islam dan Tamadun China
Interaksi ini dapat memperlihatkan kesan yang positif iaitu melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan peranan penting dalam interaksi ini. Hasil daripada interaksi ini terdapat komuniti Arab-Islam yang menetap di Negara China. Interaksi ini juga mewujudkan perkahwinan campur antara pedagang-pedagang dengan wanita tempatan.

Kesan penting yang terhasil daripada interaksi ini ialah penyebaran agama Islam di Negara China dan mewujudkan komuniti Islam tempatan China. Ini menyebabkan kemunculan cendekiawan-cendekiawan Islam tempatan yang mashyur seperti Liu Zhi dan Mha Zhu. Ini juga menemukan senibina Arab-Islam dengan seni bina China, contohnya dalam bentuk masjid-masjid di China.

Kesan interaksi antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu
Interaksi antara kedua-dua tamadun ini berlaku secara aman, iaitu melalui perdagangan. Kedatangan mereka adalah dari kawasan yang berbeza, iaitu Arab dan Parsi, India dan Negara China. Kesannya ialah tersebarnya agama Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani, Sulu, Banten, Demak, Tuban, Mataram dan sebagainya. Ia juga membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam perkembangan ilmu pengetahuan di kepulauan Melayu. Ini juga boleh dilihat pengaruhnya dari segi perundangan, kesusateraan, kesenian, kebendaan dan istilah-istilah Arab. Ini juga mewujudkan komuniti Baba dan Nyonya. Orang Cina menetap di kawasan tersebut dan berkahwin dengan wanita tempatan. Bahasa pertuturannya ialah Melayu Baba atau mengenalinya sebagai Bahasa Melayu. Orang Cina tetap mengekalkan agama mereka, membezakannya daripada masyarakat dan budaya Melayu yang berasakan agama Islam.

Kesan interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu
Interaksi ini berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan, emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya negara China dengan Kepulauan Melayu. Hubungan yang bercorak konflik peperangan berlaku semasa pemerintahan Dinasti Yuan/Monggol yang menyerang Myanmar dan Jawa. Tamadun China menyumbangkan beberapa perkara penting ke dalam tamadun Jepun, iaitu agama dan tulisan. Ajaran-ajaran Buddha telah diasimilasikan dengan agama asal orang Jepun, iaitu agama Shinto. Kuil-kuil Buddha telah didirikan di Jepun. Agama Buddha telah mencapai zaman kemuncak semasa zaman Nara dan Heian. Tulisan Cina menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun, iaitu Hiragana dan Katakana. Tulisan Cina memainkan peranan kepada perkembangan intelektual dan kesusateraan dalam Tamadun Jepun.

Isu- isu semasa : Dialog Peradaban Sebagai Mekanisme Menyahut Cabaran

Tamadun komtemporari dunia telah mewarisi tradisi, persoalan dan permasalahan yang timbul melalui sejarah. Pelbagai kepincangan, ketidakadilan dan penindasan amat jelas dan ketara di dalam hubungan antara dunia barat dan dunia Islam. Di peringkat negeri, hubungan antara tamadun Melayu, Islam, India dan Cina kelihatan baik, namun masih wujud rasa curiga dalam kalangan mereka. Dengan kata lain, usaha ke arah menjalin persefahaman antara kaum dalam kalangan rakyat Malaysia yang datang dari pelbagai tamadun tidak boleh diabaikan dan mesti dipupuk untuk memastikan hubungan yang harmonis dalam kalangan rakyat Malaysia.

Dalam peringkat antarabangsa, permasalahan yang diwarisi dalam perhubungan antara tamadun perlu ditangani bukan dengan secara keganasan atau konfrontasi, tetapi menerusi dialog. Dialog peradaban mempunyai peranan dalam hubungan manusia dan hubungan antarabangsa. Maka, PBB telah menjadikan tahun 2001 sebagai tahun dialog antara tamadun dunia.

Dominasi dan cengkaman segelintir manusia, selalunya ke atas golongan yang lebih ramai dalam semua bentuk manifestasi budaya, pemikiran, maklumat, ekonomi, kewangan, teknologi, ketenteraan, dan politik akan menjadi cabaran terpenting dalam abad ke-21 nanti. Kita terpaksa menekankan persoalan keadilan kerana dominasi yang meletakkan kuasa di tangan minority merupakan ketidakadilan yang sangat nyata. Ini merupakan pengabaian hak dan kesejahteraan manusia.

Kesan buruk segala bentuk dominasi akan dirasai sehingga ke peringkat global. Dengan pembesaran jumlah dan jenis persenjataan oleh sesebuah kumpulan elit dalam sesebuah Negara telah mendorong mereka menyalahgunakan sumber kekayaan sesebuah negara. Sumber kekayaan tersebut patut digunakan untuk perancangan yang mementingkan rakyat seperti pendidikan, kesihatan, kebajikan masyarakat dan kemudahan asas awam. Situasi ini benar-benar berlaku sama ada di India mahupun di kalangan kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat.

Pasaran kewangan oleh para speculator mata wang akan merosakkan ekonomi negara maju seperti Jerman, sama juga dengan negara membangun di Asia seperti Thailand dan Malaysia. Penghormogenan budaya Amerika Syarikat merupakan satu ancaman sama ada kepada budaya Perancis yang menjadi ciri penting tamadun Eropah ataupun tamadun Turki. Ini berpunca daripada kesan dominasi yang akan menjejaskan manusia. Oleh itu, seluruh masyarakat mesti menentang dominasi tersebut. Mereka mesti membina kesedaran dan bergerak secara berkumpulan untuk menentang dominasi oleh segelintir manusia tertentu. Satu syarat yang cukup penting ke arah membina kesedaran ialah melalui sesi-sesi dialogdi. Melalui sesi dialog ini,masyarakat Islam dan masyarakat Asia dapat membina satu barisan bersama untuk menentang dominasi oleh sekumpulan kecil manusia terutama kuasa barat dan bonekanya.


Sesungguhnya kebanjiran masalah yang dihadapi oleh manusia kini merupakan kesan daripada krisis nilai. Hidup secara harmoni dengan alam sekitar tidak lagi diutamakan telah membawa krisis kepada alam sekitar. Kasih sayang dan hormat-menghormati yang sudah hilang kekuatan moralnya dan sentiasa tercabar dalam rumah tangga modern telah melunturkan ketahanan hubungan kekeluargaan.

Kesimpulan

Secara kesimpulan, setiap tamadun mempunyai keistimewaan dan ciri-ciri tersendiri dalam memastikan kelangsungan dan perkembangannya.

Kesinambungan dari kelangsungan sesebuah tamadun itu sebenarnya hasil sikap terbuka dalam menerima sebarang perubahan dan pengaruh tamadun lain. Sesungguhnya wujud saling hubungan atau interaksi antara tamadun sama ada peringkat perkongsian nilai, pemikiran, institusi dan keinsanan yang berlaku sepanjang sejarah.

Perkara yang paling penting sekali ialah setiap tamadun memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan kepada dunia serta membawa dunia ke taraf yang lebih tinggi lagi. Setiap tamadun mempunyai ciri-ciri dan sejarah yang tersendiri yang perlu kita semua tahui.  Ini akan memberi kefahaman yang mendalam tentang ketamadunan.

Akhir sekali, kemunculan dan kejatuhan sesuatu tamadun itu mempunyai sebab yang tersendiri dan menjadi tugas kita sebagai generasi sekarang untuk mengambil pengajaran dari pengalaman dahulu bagi menjaga ketamadunan nagara dan agama kita.